Thursday 26 September 2013

TIPS DIDIK ANAK PENUH KASIH SAYANG



Di awal pagi tengah nak berblogging, seronok tengok my little Nur Iman sedang nyenyak tidur. Nur Iman ni baby tidur malam. siang susah betul nak tidur. Betul la orang selalu cakap, budak macamna rupa pun, comel je walaupun tengah tidur. Malam-malam sebelum tidur, salah satu doa dan harapan saya ialah semoga saya dapat jadi ibu yang baik dalam mendidik anak menjadi orang yang berguna. Ameen=). Untuk entry kali ni saya kongsikan hasil pembacaan saya cara mendidik si kecil secara 'naturally'.

 1. Berilah nama panggilan yang baik dan mempunyai makna yang elok supaya nama yang diberi sinonim dengan akhlak pekerti yang mulia.

2. Peluklah si kecil setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap har
i akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada mereka.





 4. Berikan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja dalam bentuk hadiah, malah ciuman, pujian dan juga senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan.

5. Terima mereka seadanya. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar dan tidak terkecuali melakukan kesilapan.

6. Jangan mengeluh di hadapan mereka kerana keluhan membuat mereka berasa diri meraka beban untuk anda.

7. Dengarlah cerita anak-anak anda. Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap tanpa mencelah.

8. Tenangkan anak jika setiap kali mereka melakukan kesalahan. Terangkan kepada mereka mengapa ia salah agar mereka jelas dan tidak lagi mengulanginya.

9. Anda adalah cikgu terbaik untuk anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda buat.

10. Luangkan masa bersama. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka agar mereka dapat rasa kepentingan kehadiran diri mereka dalam keluarga.


11. Berikan makanan yang baik dan berkhasiat kepada si kecil untuk perkembangan otak dan tingkahlaku yang baik. Sejak dalam kandungan lagi, ibu digalakkan makan makanan yang berkhasiat untuk menghasilkan anak berkualiti. Makanan sunnah seperti kurma, madu, susu, delima dan habbatussauda sangat digalakkan ketika mengandung kerana iainya makanan nabi dan sahabat-sahabatnya.



 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...