Sunday 17 November 2013

Kafein dan Kehamilan. Adakah selamat untuk bayi saya?

Kebanyakan kita sudah menjadi kebiasaan memulakan hari kita dengan secawan teh atau kopi. Kalau tak dapat rasa kurang bertenaga jer sepanjang hari tu kan. Tapi bagi ibu hamil tertanya-tanya adakah mereka selamat untuk mengambilnya?
 
Saya hamil, adakah selamat kafein untuk badan saya?
Ibu hamil boleh mengambil minuman berkafein tetapi dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan kafein yang banyak boleh menggangu tumbesaran bayi dalam kandungan dan berkemungkinan dilahirkan kecil dari sepatutnya. Satu kajian menunjukkan, tahap kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran.
Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan
insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.


Kafein mengangu penyerapan sumber mineral dan zat dalam badan.
Kandungan kafein dalam minum seperti teh dan kopi boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.
 
 
Biasanya ibu hamil akan dibekalkan dengan vitamin sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh mengandung. Kandungan kafein dalam minuman kegemaran anda itu juga akan menganggu penyerapan vitamin yang anda makan. Kalau mineral dan zat tak dapat diserap, macam mana lah badan dan si manja dalam perut anda nak sihat kan??
 
 Apakah makanan dan minuman yang berkafein?
Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil.
 
Bagaimana cara saya perlu berhenti mengambil kafein?
Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur.
 
Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai jamu dan kehamilan.)
 
Alternatif lain, anda boleh mencuba ESP atau Energizing Soy Protein.
 
 
 
Apa kepentingan ESP kepada ibu hamil?
1.     Sumber protein untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal dalam rahim lagi. Otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan protein yang berkualiti tinggi dari saat ibu tahu mereka berbadan dua.
 
2.     Sumber protein amat penting untuk perkembangan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Protein yang sedia ada dalam badan ibu tidak mencukupi kerana ibu sendiri kehilangan sel-sel otot akibat kekurangan senaman dan pergerakan.

 
3.     Protein juga bertindak sebagai penguat sistem imun badan. ESP yang berasaskan protein soya mudah dicernakan oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungan.

 
4.     Sumber protein juga adalah pembekal tenaga untuk ibu hamil sepanjang tempoh hamil. Ibu hamil perlukan tenaga yang berganda untuk memastikan badan mampu membawa si manja dalam kandungan selama 9 bulan.
 

 

 
Berminat untuk mendapatkan ESP dengan harga istimewa?
Hubungi saya di
 
sms/whatsapp: 012-670 5114
fanpage:www.facebook.com/manjakucergas
email:fanara07@gmail.com
Terima kasih sudi singgah J
 

 
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...