Saturday 21 December 2013

Sakit Sendi: Jenis, Punca dan Rawatan

Keradangan Sakit Sendi atau lebih dikenali sebagai Arthritis adalah penyakit yang sinonim dikalangan kita bukan sahaja untuk orang yang berusia malah dikalangan orang muda. Dalam keluarga saya sendiri, mama saya mengalami sakit sendi yang kronik sampai kena solat duduk dan pergerakan yang terbatas. Tapi Alhamdulillah, kesihatan nya semakin pulih dan sekarang dah boleh solat normal dan jarang diserang sakit sendi terutama waktu malam :)
 
 
 
 
Jenis-jenis Sakit Sendi
 
Artritis adalah satu perkataan umum untuk sakit sendi dan sehingga kini ada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti. Antara masalah yang biasa dihidapi oleh pesakit adalah:-
 
1) Osteoartritis (OA)
 
 
 
OA sering memberi kesan kepada sendi seperti lutut, pinggul , kaki, tangan dan jari , pergelangan tangan, leher dan saraf tunjang. Tahap kesakitan OA berbeza. Dalam kes-kes yang teruk, pembedahan untuk menggantikan sendi yang rosak mungkin satu-satunya rawatan yang berkesan.
 
OA berlaku apabila badan kita kekurangan dan kehausan komponen sendi seperti tulang rawan yang bertindak sebagai 'kusyen getah' dan pelincir sendi tulang disebabkan setelah bertahun-tahun digunakan, kecederaan dan proses dalam badan. Apabila bahan-bahan ini berkurangan , pergerakan menjadi lebih sukar dan menyakitkan.
 
Tanpa pelincir sendi tulang boleh bergesel secara langsung antara satu sama lain di dalam sendi, menyebabkan kesakitan yang sangat menyeksakan. Keradangan juga boleh disebabkan oleh pergeselan secara berterusan di sendi , jadi orang pengidap sakit sendi OA sering mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Ubat tahan sakit adalah sementara dan ia bukan ubat sakit sendi.
 
 
2) Gout
 
 
 
Gout terjadi disebabkan oleh pengumpulan asid urik (produk sisa yang dikumpulkan dan dihapuskan oleh buah pinggang melalui air kencing) di dalam badan. Lebihan asid urik cenderung untuk menjadi kenyataan dan deposit dalam bahagian yang berlainan di badan.
 
Sakit sendi Gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik (produk sisa yang dikumpulkan dan dihapuskan oleh buah pinggang melalui air kencing) di dalam badan. Gout biasanya memberi kesan kepada sendi badan yang lebih rendah (jari kaki, tumit, pergelangan kaki, lutut), tetapi ia juga boleh menjejaskan sendi lain (siku, tulang belakang, bahu dan pergelangan tangan).
 
Penyakit ini kadang-kadang boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit dan tisu lembut (tendon dan otot), yang telah berkurangan fleksibiliti dan integrity. Penghidap Gout akan rasa tidak selesa, bengkak dan kesakitan yang amat sangat di kawasan yang terjejas.  Gejala sakit sendi Gout mula-mula muncul di peringkat jari hantu. Kulit di sekitar kawasan yang terjejas bertukar kuning, kelihatan diregangkan dan Lebam.

3) Rheumatodi Artritis (RA)
 
 
 
Merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoinum). Ketidak seimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.
 
RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak. Kaum wanita mempunyai kekerapan tiga kali ganda lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.
 
Penghidap RA biasanya mengalami sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan, kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat, berasa letih, lesu dan kekeringan mata dan mulut.
 
 
Rawatan Sakit Sendi
 
Kali ini saya kongsikan bagaimana mama saya pulih dari Sakit Sendi dia. Lama tau mama saya makan ubat doctor sehingga saya minta dia cuba AJHT (Advance Joint Health Tablet). Ini pun terbaca banyak testimonial yang mengatakan kesan AJHT dapat dilihat dalam masa 5 hari keberkesanan nya. Dan, ahamdulillah it's work to my mama kan=).
 
Kelebihan AJHT Shaklee
 
 

Sentiasa berkesan
Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee AJHT bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.
 
100% bebas kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina).
 
Sentiasa selamat
- 100% berasaskan sayur-sayuran.
- Tablet mudah ditelan.
- Bebas gluten
- Halal
 
sumber dari: drsendiurat.com
                    rahsiasakitsendi.com


 
Jika anda mengalami salah satu jenis sakit sendi seperti diatas, bolehlah dapatkan AJHT dan lihat sendiri keberkesanan nya dalam masa 5 hari. Sebarang tempahan boleh lah hubungi saya di:
 
Pengedar Shaklee area KL dan seluruh Malaysia
 
Fatin Nabilah Razali
sms/whatsapp: 012-6705114
fb page: manjaku cergas
 
 
 

Friday 20 December 2013

30 Hari Mencapai Kejayaan: Day 1: On your mark....

Aduhai, bersawang betul blog saya ni. Dah lama tak update blog. Agaknya 'mak' saya tengok kemalasan 'anak' nya yang tak berupdate2, satu competition " Cabaran 30 Hari Entry" dilancarkan. Chewahh...Gelas gitu nama competition nya kan. Ada hadiah lagi tu..Erk, apa tu yer?Hmm=)...
Kerana rasa rugi sangat if tak menyahut cabaran mak saya ni kan, dan cara nak paksa diri yang kemalasan ni, saya dengan berbesar hati akan cuba sedaya upaya mengupdate 2 entry setiap hari. InshaaAllah, semoga Allah memberi kelapangan masa kepada hambanya ini=)
 
Day 1 Start Now!
 
First entry ni kita santai-santai dulu. Saya mulakan dengan pengenalan diri saya dan keluarga. Seronok juga memperkenalkan ahli keluarga sebab mereka ni la 'push factor' saya meneruskan penglibatan saya dalam Shaklee.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentang Saya!
 
Beramai-ramai bermain tali,
Nama diberi Fatin Nabilah Razali.
 
Ahaa! Pantun 2 kerat u oll!Macam tak sedap je kan.ehee..Saya ni ibu kepada seorang puteri berumur 10 bulan dan isteri kepada seorang jejaka tampan yang bekerja jauh di Labuan sana. Kira kami anak beranak ni long distance family la. (uwaaa T_T). Saya masih bekerja di syarikat swasta area Kuala Lumpur, tetapiii....sebab kerja teknikal...(malu plak nak mengaku engineer kaan.ehee) kerja saya beroutstation jerlaa...setiap minggu u oll..ulang alik naik flight..hambek ko enrich dah banyak.ahaa!!
 
Saya juga seperti wanita2 lain (rasanya laa), sangat ingin menjadi suri rumah full time dan bisnes woman part time (senang cakap WAHM-work at home mama)..InshaaAllah, semoga dimurahkan rezeki kan. Chup! satu lagi harapan, semoga si jejaka tampan buah hati saya dapat pindah kerja semenanjung.. Amin! (sesiapa yang baca entry ni tolong amin kan sekali ye.ehee).
 
Tengok gambar dibawah kami anak beranak...cam comel je cam cantik je kami kan..ehee (perasan je lebih.buweek!).. Susah tau nak ada pic bertiga =)
 
 
 
My beloved Princess!
 
Haa, ni Nur Iman Amani jantung hati ibu dan ayah, peneman sejati ibu siang dan malam =)
 
 
Sekarang Nur Iman pandai cakap.."mamamaamapapapapaapa" tapi kitorang suruh dia panggil ibu dan ayah. Jadi bila dia sebut mamama, saya cakap ibu laa, sure tergelak Nur Iman. Macam faham je kan apa ibu dia cakap. Dihati tu nak je tambah ahli keluarga lagi, tapi memandangkan kami suami isteri masih berjauhan, rasanya biarlah Nur Iman jadi penghibur hati ibu sementara ni. Tapi if ada rezeki kami, ibu tak kisaahh..eheee =)
 
 
Last gambar yang saya nak tunjuk, gambar 'precious moment' ayah dan anak! Suka sangat, memang hari2 la ibu mengadap gambar ni. Semoga ada rezeki untuk kami sekeluarga duduk sama-sama. Ibu dan Nur Iman saayaaang sangat Ayah. LOVE =)
 
 
 
Pengedar Shaklee Area KL dan seluruh Malaysia
 
Fatin Nabilah
012-670 5114
fanpage: manjaku cergas
Shaklee ID: 919309

Monday 18 November 2013

Saya Nak Kurus, Tapi Masih Menyusukan Anak

“Fatin, kurus jer walaupun baru lepas bersalin?”. Agak-agak kembang kempis tak hidung tu kalau ada orang kata macam ni? Hee, saya lah yang kembang kempis tu. Alhamdulillah, dua bulan selepas melahirkan Nur Iman, berat kembali kepada berat yang asal. Yeay!!!

Ramai yang beranggapan untuk kembali kurus, ibu kena makan sikit. Tapi hakikatnya, ibu menyusu lah yang perlu makan lebih untuk menghasilkan susu dan cukup bekalan makanan untuk si manja yang hanya bergantung sepenuhnya susu ibu sebelum mencecah 6 bulan. Percayalah, ibu yang menyusu badan akan cepat lapar. Saya lah tu..heee=)
 
 
 
Kebanyakan kita risau ingin mencuba set kurus yang banyak dipasaran. Soalan yang selalu bermain difikiran ialah:-
1.       Ada kesan sampingan tak terhadap si manja yang sedang disusukan
2.       Menjejaskan penghasilan susu tak kalau makan set kurus
3.       Kena diet makan ke? Kalau makan sikit nanti tiada tenaga.
4.       Kalau berhenti makan, berat badan akan melonjak naik semula tak?
 
Semua soalan diatas saya sendiri pernah risau. Tapi Alhamdulillah, sekarang Nur Iman dah 8 bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan badan saya pun kurus seperti biasa. Apa rahsia nya? Tentulah dengan pengambilan set kurus Shaklee.
 
Kenapa Set Kurus Shaklee ni? Banyak sangat kesan positif yang saya sendiri rasakan. Antaranya ialah:-
 
1.      Menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat
2.     Kulit lebih cantik, tegang dan gebu. (Percaya tak, sebelum hamil, muka saya berjerawat, sekarang jerawat pun takut nak hinggap.hee)
3.       Badan lebih bertenaga. (Penting ni untuk saya yang selalu ke site)
4.       Lambat rasa lapar.
5.       Kenyang dalam tempoh yang panjang.
6.       Susu makin pekat, anak cepat kenyang.
7.       Susu makin melimpah ruah. (cepat je rasa miss B penuh)
 
 
 Bagaimana Set Kurus Shaklee berfungsi?
Set ini menggunakan konsep mudah 3B- BAKAR,BUANG DAN BINA.
 
1-BAKAR
 
 
Lecithin – mengemulsikan lemak ‘fresh’ daripada makanan berlemak yang baru dimakan manakala Omega Guard akan membakar lemak-lemak tepu yang sudah lama dalam badan kita.
Khasiat lain Lecithin dan Omega Guard ialah:
1.       Merangsang penghasilan serotonin-hormon yang mengawal selera makan dan juga mood.
2.       Menghalang penghasilan cortisol – sejenis hormone yang merangsang penghasilan fat storage dalam badan.
3.       Kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi.
4.       Membantu menguatkan daya ingatan ibu dan anak. (Orang lepas bersalin memang cepat lupa=))
2- BUANG
Alfafa- membuang atau detox lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard tadi.
Khasiat lain Alfafa ialah:
1.       Membersihkan usus dari segala toksik dan sisa makanan yang termendap dalam usus.
2.       Proses Detox boleh memudahkan penyerapan nutrient dengan baik.
3.       Melancarkan pergerakan organ-organ lain dan meningkatkan metabolism badan.
 
3- BINA
 
 
ESP- minuman yang kaya dengan protein soya untuk membina dan melindungi otot. Otot yang kuar dan sihat akan membantu dalam proses pembakaran lemak yang optimum.
Khasiat lain ESP ialah:
1.       Mengelak dari badan kelihatan menggeleber (flabby) disebabkan berat badan yang turun.
2.       Glycemic Index (GI) yang rendah membantu kenyang dengan lebih lama dan mengekang selera makan.
3.       Susu badan lebih pekat dan meransang penghasilan susu yang banyak.
 Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan pantas, saya cadangkan anda cuba set lengkap “Set Kurus Gold” yang mengandungi Lecithin, Omega Guard, Alfafa dan ESP.
 BONUS Untuk Setiap Pembelian Hanya Daripada Saya akan menerima :-
1.       secret gift
2.       eBook Rahsia Inch Loss in 2 weeks
3.       Konsultansi Percuma Sehingga Berjaya
4.       Facebook Exclusive Support Group
5.        Pendaftaran Percuma Sebagai Ahli/ Pengedar Shaklee (Hanya untuk Set Gold)
Kekurangan bujet? Jangan risau, ada beberapa alternatif yang kami tawarkan:
1.       Set Kurus Silver – Lecithin, Alfafa, ESP
2.       Set Kurus Basic- Lecithin , Alfafa
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan harga super hebat, hubungi saya di 012-670 5114.
Terima kasih sudi singgah J

Sunday 17 November 2013

Kafein dan Kehamilan. Adakah selamat untuk bayi saya?

Kebanyakan kita sudah menjadi kebiasaan memulakan hari kita dengan secawan teh atau kopi. Kalau tak dapat rasa kurang bertenaga jer sepanjang hari tu kan. Tapi bagi ibu hamil tertanya-tanya adakah mereka selamat untuk mengambilnya?
 
Saya hamil, adakah selamat kafein untuk badan saya?
Ibu hamil boleh mengambil minuman berkafein tetapi dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan kafein yang banyak boleh menggangu tumbesaran bayi dalam kandungan dan berkemungkinan dilahirkan kecil dari sepatutnya. Satu kajian menunjukkan, tahap kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran.
Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan
insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.


Kafein mengangu penyerapan sumber mineral dan zat dalam badan.
Kandungan kafein dalam minum seperti teh dan kopi boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.
 
 
Biasanya ibu hamil akan dibekalkan dengan vitamin sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh mengandung. Kandungan kafein dalam minuman kegemaran anda itu juga akan menganggu penyerapan vitamin yang anda makan. Kalau mineral dan zat tak dapat diserap, macam mana lah badan dan si manja dalam perut anda nak sihat kan??
 
 Apakah makanan dan minuman yang berkafein?
Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil.
 
Bagaimana cara saya perlu berhenti mengambil kafein?
Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur.
 
Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai jamu dan kehamilan.)
 
Alternatif lain, anda boleh mencuba ESP atau Energizing Soy Protein.
 
 
 
Apa kepentingan ESP kepada ibu hamil?
1.     Sumber protein untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal dalam rahim lagi. Otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan protein yang berkualiti tinggi dari saat ibu tahu mereka berbadan dua.
 
2.     Sumber protein amat penting untuk perkembangan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Protein yang sedia ada dalam badan ibu tidak mencukupi kerana ibu sendiri kehilangan sel-sel otot akibat kekurangan senaman dan pergerakan.

 
3.     Protein juga bertindak sebagai penguat sistem imun badan. ESP yang berasaskan protein soya mudah dicernakan oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungan.

 
4.     Sumber protein juga adalah pembekal tenaga untuk ibu hamil sepanjang tempoh hamil. Ibu hamil perlukan tenaga yang berganda untuk memastikan badan mampu membawa si manja dalam kandungan selama 9 bulan.
 

 

 
Berminat untuk mendapatkan ESP dengan harga istimewa?
Hubungi saya di
 
sms/whatsapp: 012-670 5114
fanpage:www.facebook.com/manjakucergas
email:fanara07@gmail.com
Terima kasih sudi singgah J
 

 
 

Wednesday 13 November 2013

Punca dan Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Baru-baru ini ada rakan ofis saya mengadu isterinya mengandung tetapi mengalami tekanan darah rendah. Buat kerja sikit cepat penat, kadang-kadang terasa ingin pitam. Fenomena seperti ini memang selalu berlaku kepada ibu mengandungi. Jom kita fahamkan dulu apa itu tekanan darah rendah.
 
Apa itu Hipotensi?
 
Tekanan darah rendah atau hipotensi adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
 
 
Punca Tekanan Darah Rendah
 
(1) Kehamilan
(2) Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif  (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
(3) Ubat over-the-counter
(4) Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
(5) Kegagalan jantung
(6) Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
(7) Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
(8) Keletihan haba atau strok haba
(9) Penyakit hati
 
Bagaimana Tekanan Darah Rendah boleh berlaku
 
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipumpkan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
 
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
 
✎ kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
✎ dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit,
✎ masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
 
 
 
Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah
Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
ESP
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dari hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah
 

 
Anda mempunyai masalah tekanan darah rendah? Ingin dapatkan supplement yang sesuai? PM kami untuk harga yang istimewa di 012-670 5114 sekarang :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...