Friday 20 December 2013

30 Hari Mencapai Kejayaan: Day 1: On your mark....

Aduhai, bersawang betul blog saya ni. Dah lama tak update blog. Agaknya 'mak' saya tengok kemalasan 'anak' nya yang tak berupdate2, satu competition " Cabaran 30 Hari Entry" dilancarkan. Chewahh...Gelas gitu nama competition nya kan. Ada hadiah lagi tu..Erk, apa tu yer?Hmm=)...
Kerana rasa rugi sangat if tak menyahut cabaran mak saya ni kan, dan cara nak paksa diri yang kemalasan ni, saya dengan berbesar hati akan cuba sedaya upaya mengupdate 2 entry setiap hari. InshaaAllah, semoga Allah memberi kelapangan masa kepada hambanya ini=)
 
Day 1 Start Now!
 
First entry ni kita santai-santai dulu. Saya mulakan dengan pengenalan diri saya dan keluarga. Seronok juga memperkenalkan ahli keluarga sebab mereka ni la 'push factor' saya meneruskan penglibatan saya dalam Shaklee.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentang Saya!
 
Beramai-ramai bermain tali,
Nama diberi Fatin Nabilah Razali.
 
Ahaa! Pantun 2 kerat u oll!Macam tak sedap je kan.ehee..Saya ni ibu kepada seorang puteri berumur 10 bulan dan isteri kepada seorang jejaka tampan yang bekerja jauh di Labuan sana. Kira kami anak beranak ni long distance family la. (uwaaa T_T). Saya masih bekerja di syarikat swasta area Kuala Lumpur, tetapiii....sebab kerja teknikal...(malu plak nak mengaku engineer kaan.ehee) kerja saya beroutstation jerlaa...setiap minggu u oll..ulang alik naik flight..hambek ko enrich dah banyak.ahaa!!
 
Saya juga seperti wanita2 lain (rasanya laa), sangat ingin menjadi suri rumah full time dan bisnes woman part time (senang cakap WAHM-work at home mama)..InshaaAllah, semoga dimurahkan rezeki kan. Chup! satu lagi harapan, semoga si jejaka tampan buah hati saya dapat pindah kerja semenanjung.. Amin! (sesiapa yang baca entry ni tolong amin kan sekali ye.ehee).
 
Tengok gambar dibawah kami anak beranak...cam comel je cam cantik je kami kan..ehee (perasan je lebih.buweek!).. Susah tau nak ada pic bertiga =)
 
 
 
My beloved Princess!
 
Haa, ni Nur Iman Amani jantung hati ibu dan ayah, peneman sejati ibu siang dan malam =)
 
 
Sekarang Nur Iman pandai cakap.."mamamaamapapapapaapa" tapi kitorang suruh dia panggil ibu dan ayah. Jadi bila dia sebut mamama, saya cakap ibu laa, sure tergelak Nur Iman. Macam faham je kan apa ibu dia cakap. Dihati tu nak je tambah ahli keluarga lagi, tapi memandangkan kami suami isteri masih berjauhan, rasanya biarlah Nur Iman jadi penghibur hati ibu sementara ni. Tapi if ada rezeki kami, ibu tak kisaahh..eheee =)
 
 
Last gambar yang saya nak tunjuk, gambar 'precious moment' ayah dan anak! Suka sangat, memang hari2 la ibu mengadap gambar ni. Semoga ada rezeki untuk kami sekeluarga duduk sama-sama. Ibu dan Nur Iman saayaaang sangat Ayah. LOVE =)
 
 
 
Pengedar Shaklee Area KL dan seluruh Malaysia
 
Fatin Nabilah
012-670 5114
fanpage: manjaku cergas
Shaklee ID: 919309

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...