Sunday 28 July 2013

-GALAKKAN ANAK SUKA MEMBACA-


-GALAKKAN ANAK SUKA MEMBACA-

Biarpun sudah bersekolah tadika tetapi ada kanak-kanak yang tidak suka melihat buku sekolahnya. Risau juga ibu bapa sebab bimbang anak tidak boleh membaca apabila melangkah ke sekolah rendah kelak.

Puas dipaksa, dipujuk malah adakalanya dimarah agar anak rajin membaca tetapi hasilnya tetap sama. Sebenarnya anak-anak kecil tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu perkara. Lagi dipaksa lagi dia enggan melakukannya.

Kanak-kanak belajar daripada pemerhatiannya. Jika papa dan mama memaksa dia membaca sedangkan papa dan mama sendiri tidak membaca, sudah tentu si kecil enggan melakukannya. Oleh itu ibu bapa perlu tunjukkan dahulu contoh minat membaca. Bila anak-anak tengok papa dan mama rajin membaca, secara tidak langsung mereka juga akan mencontohinya. Tak percaya cubalah sendiri!

Jadikan aktiviti membaca bersama keluarga sebagai rutin harian.Cari masa sesuai di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini jangan pasang televisyen, komputer dan sebagainya.

Pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak turut mendorong mereka suka membaca. Bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia mereka.

Jangan mudah berputus asa. Terus galakkan anak membaca dan dalam masa yang sama bersabar dengan kerenah mereka.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...