Sunday 28 July 2013

-GALAKKAN ANAK SUKA MEMBACA-


-GALAKKAN ANAK SUKA MEMBACA-

Biarpun sudah bersekolah tadika tetapi ada kanak-kanak yang tidak suka melihat buku sekolahnya. Risau juga ibu bapa sebab bimbang anak tidak boleh membaca apabila melangkah ke sekolah rendah kelak.

Puas dipaksa, dipujuk malah adakalanya dimarah agar anak rajin membaca tetapi hasilnya tetap sama. Sebenarnya anak-anak kecil tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu perkara. Lagi dipaksa lagi dia enggan melakukannya.

Kanak-kanak belajar daripada pemerhatiannya. Jika papa dan mama memaksa dia membaca sedangkan papa dan mama sendiri tidak membaca, sudah tentu si kecil enggan melakukannya. Oleh itu ibu bapa perlu tunjukkan dahulu contoh minat membaca. Bila anak-anak tengok papa dan mama rajin membaca, secara tidak langsung mereka juga akan mencontohinya. Tak percaya cubalah sendiri!

Jadikan aktiviti membaca bersama keluarga sebagai rutin harian.Cari masa sesuai di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini jangan pasang televisyen, komputer dan sebagainya.

Pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak turut mendorong mereka suka membaca. Bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia mereka.

Jangan mudah berputus asa. Terus galakkan anak membaca dan dalam masa yang sama bersabar dengan kerenah mereka.

Saturday 27 July 2013

JAMU dan PENYUSUAN

Ramai wanita selepas bersalin menggunakan jamu untuk kembali ramping dengan segera. Namun, jika tidak kena cara, bayi boleh terkena tempias melalui susu ibu yang diminumnya.
Ibu selepas melahirkan bayi bimbang tidak dapat mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung. Justeru, jika diketahui ada jamu dan herba yang mampu mengurangkan berat badan dengan segera, ada yang sanggup menelannya.
Ingatlah, berat badan sewaktu mengandung tidak naik dalam masa sehari. Jadi, usaha untuk mengurangkannya semula tidak akan berlaku dalam masa yang singkat!
Ketahuilah bahawa ibu yang menyusukan anak boleh mengurangkan berat badan apabila bayi berusia tiga hingga enam bulan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusukan bayi tetapi hanya mengurangkan kalori.
Kajian lain menyatakan ibu yang menyusukan bayi selepas sebulan bersalin berupaya mengecilkan pinggul dan mengurangkan berat badan berbanding wanita yang memberi bayinya susu formula.
Menyentuh tentang penggunaan jamu, ada banyak pertikaian oleh pengamal perubatan. Menurut Dr. Ruth Lawrence (Professor of Pediatrics, Obstetrics & Gynecology University of Rochester School of Medicine & Dentistry), herba sama seperti ubat yang perlu digunakan dengan berhati-hati.
Walaupun semula jadi, tidak semua herba selamat digunakan oleh ibu yang menyusukan bayi. Kebanyakan herba mempunyai kandungan yang memberi kesan sama seperti ubat-ubat lain yang boleh menyerap ke dalam susu dan boleh memudaratkan ibu dan bayi.
Oleh itu adalah penting untuk ibu mengenal pasti herba yang baik dan sesuai ketika masih menyusukan bayi daripada doktor yang pakar.
Pengalaman saya berpantang dengan SET BERPANTANG Shaklee untuk baby saya yang da 5 bulan sangat memuaskan. Alhamdulillah, anak tak kena kuning (jaundice), dalam masa seminggu luka kat bawah tu sembuh, dan alhamdulillah dah masuk 5bulan anak tak pernah demam atau jatuh sakit..Semuanya kuasa tuhan=).. dan alhamdulillah..alhamdulillah, susu masih banyak walaupun saya ni kerja banyak outstation, busy la katanya..masih fully breastfeed you oll..Bangga tau anak still minum susu ibu..(kalau ikut mak saya, dia soh campur susu formula je sebab tak sanggup tengok saya yg sangat letih balik kerja suma.hee)..Haa, tak perlu la fikir pasal herba or ubat ni selamat tak untuk kita dan baby..sebab Shaklee 100% semulajadi tau=)..(pernah dengar tak org kata, if makan herba anak nati kena kuning..hee:))
Serba sedikit saya kongsikan khasiat setiap supplement yg saya makan ketika berpantang:-
1.Vitamin C: penyembuhan tisu2 badan dan bertindak sebagai sistem imun untuk badan (cegah demam, selsema etc.)
2. B-Complex : vitamin anti-stress, elak 'meroyan', bantu stabilkan hormon dan membantu proses penyusuan. ada acis folic tau dlm ni.
3. Vitalea: bertindak sebagai multivitamin untuk membekalkan semula mineral dlm badan setelah kehilangan bayak darah ketika bersalin dan pemulihan.
4. Zinc-Complex: bantu cepat sembuh luka, dalam dan luar.
5. Ostematrix: membekalkan kalsium dan elak sembelit.
6. Alfafa: sebagai 'milk booster'..(suke sgt mkn ni..cepat je breast rasa penuh=p)
7. ESP: sumber protein.memekatkan susu, baby cepat rasa kenyang dan untuk yg nak diet tu tanpa menjejaskan milk production..haa, sesuai la amik ESP=)
Untuk dapatkan vitamin set berpantang ini dan cara penggunaan nya boleh la
sms/ whatsapp/ viber ke  012-6705114
email:fanara07@gmail.com
Saya sangat menyokong penyusuan ibu sehingga 2 tahun dan setiap ibu mampu melakukan nya..Jom sama2 kongsi manfaatnya ^____^

Rawat Ekzema dengan Shaklee


Apa itu ekzema?


Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?


Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?


Ekzema ni pernah berlaku dekat anak kawan saya. Ikuti kisahnya merawat ekzema dengan shaklee.

"Pengalaman dengan anak sendiri, saye tak expect pun Muhammad kena eczema walaupun tahu hubby ada resdung. Sebabnya sejak kecik masa start makan solid, dia memang tak pernah pantang apa-apa. Telur ke, daging ke, ayam ke, semua yang kitorang makan,Muhammad makan.

Sampai lah satu hari, ada kucing datang beranak kat rumah. Saye ingatkan ok. Ye lah, kat Shah Alam Muhammad memang kawan dgn kucing. Tapi sebenarnya kucing ni pun ada byk jenis. Kalau yg kita bela, kebersihan dia terjamin lah kot. Tapi yg tah dtg dari mana ni, kena hati2 lah.

Muhammad suka dgn anak2 kucing tu, as usual. Bila tah, start naik luka besar kat telinga. Ingatkan sebab dia dok garu ngan kuku, tapi kat sebelah je. Lagi satu kitorang suspect ice cream. Ada satu brand ice cream ni, kitorang baru je try. Not sure, tapi kitorg assume luka Muhammad sbb kucing dan ice-cream. Ice cream kan ada susu. Kot lah susu tu tak serasi ke.

To ensure what it is, kitorang jumpa doktor klinik rantau dan jumpa doktor klinik homeopathy. Dan Muhammad di sahkan eczema. Long story cut short, at the end, kitorg decide utk Shaklee kan aje Muhammad. Reason wise- kalau guna ubat doctor klinik biasa, confirm ubat klinik bersteroid dan ada side effect. Ubat batuk pun tak elok utk toddler. Kalau guna ubat homeopathy, saye tak sanggup. Huhu. Memang dia merawat eczema dari punca, tapi semasa healing process tu, keluar laaaagi banyak luka dan bintik berair. Bagus, tapi tak sanggup. Cukup lah keluar sikit dah rasa sedih.

Jadi, Shaklee lah is the best option. Safe, non-drug, tak keluar healing effect.

Kitorg bagi ESP & Omega Guard utk Muhammad consume. Then sapu luka dengan Vitamin E dan Herbal Blend. Lepas tu cuci sikit dgn GLA. Haha. Vitamin E ni ada grape seed, so warna dia ungu, mmg bau ala2 buah plum gitu. Bila nampak berkuping2, saya kopek slow2, sapu GLA.
Alhamdulillah sangat3, nampak kesan memberangsangkan. Macam tak pernah luka pun, ye juge.

ESP+ Omega Guard pun kena consisten. Kalau tak, dia naik lagi kat kepala, badan. Kira ESP + Omega Guard ni bantu rawat dari dalam. Vitamin E bantu rawat kulit luar. Vitamin E bukan takat kasi kulit nampak smooth, tapi memastikan takda infection kat situ. Cepat sangat Vitamin E ni buat kerja. Sapu pagi, tengahari dah nampak reda. Dia cepat2 heal the wound supaya tak de infection.

Sekarang ni dah takda luka kat telinga. Tinggal merah2 je. Keep on sapu Vitamin E. Yang kat badan, kaki lambat sikit. Tak sure sebab apa. Sebab peluh byk kot kat situ nak compare dengan kat telinga

Tak sampai seminggu pun, sebab luka ni kitorg detect awal, jadi boleh prevent lah perebakan dia. Eh betul ke ayat :P...Kalau baby yang blm start solid dan ibu fully bf, ibu lah makan supplements tu utk salur kat baby.
Kalau org dewasa yg kena, senang sikit kot. Sebab bukan takat sapu Vitamin E,siap boleh makan lagik utk expedite the healing. Plus kan dgn ESP, Omega Guard.”

Ibu2 ayah2 nak  tahu lebih lanjut cara rawatan ekzema dengan shaklee? Jom dapatkan vitamin shaklee dengan saya, InshaaAllah akan dikongsikan cara penggunaan dan rawatannya selepas pembelian   (✿◠‿◠)

Fatin Nabilah
sms/whatsapp/viber ke 012-6705114
email:fanara07@gmail.com
fanpage: www.fb.com/messages/ManjakuCergas 

Saturday 20 July 2013

SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

SHAKLEE PILIHAN DIHATI!!

Assalamualaikum..Alhamdulillah..untuk first entry ni..suka sangat saya berkongsi macamna saya boleh tergerak hati menjadi Shaklee Distributor..

Ceritanya, pada mula2nya saya adalah pengguna produk shaklee..setahun yang lepas, time to baru je 5 bulan kahwin. tapi dihati ni tak sabar2 nak mengandung ada anak kan..mama saya kata, rilex la..baru je 5 bulan kahwin.hee=)...time tu geng2 masa study dulu dah ramai join shaklee..so dekat page facebook tu memang penuh org promote shaklee...nak dijadikan cerita,..time tu saya busy sgt, outstation almost everyday..hari ni kat terengganu,esok kat kota kinabalu, airport KLIA tu cam dah jd rumah kedua plak.makan pun tak tentu..rasanya berat badan time tu turun mendadak,bukan  xselera, tapi rasanya penat sgt kot!.so igtkan badan penat, letih x bertenaga menjadi salah satu faktor la kenapa saya x pregnant lg..(actually risau terlebih je tu..=p)...dalam hati ni terfikir nak cari supplement untuk kekuatan badan la..approach kawan saya yg jual shaklee ni.time tu die suggest set hamil:vit-C,b-complex, vitalea dan vit-E (ni ikut budget saya juge la:)). .(sekarang dia ni kawan saya dah nk jadi Master tau,gaji 5 figure tuu..hee)...tak sampai sebulan consume, tut tut pregnant pulak..tanya doctor,dia kata bole makan supplement yg saya beli dr shaklee..

Dipendekkan cerita, sepanjang pregnant, Alhamdulillah, saya tak pernah demam. Time tu bulan puasa pun dapat puasa penuh..Outstation memang non stop, sampai week 30 pun kena trun naik flight.husband da bising risau kesihatan kita kan..(oo, ye.husband saya kerja jauh,kira kitorg ni long distance partner la.hee)...mama saya pun terkejut, kata kalau die dulu, tengahari je baring letih, tapi saya pelik, tengahari tak penat or rasa nak tido just malam lepas isyak dah masuk tidur la.hee...

Sampai saya deliver pun, dalam pantang saya still keep makan supplemnt. sebab baca2, supplemnt shaklee dpt sembuhkan luka dgn segera. Alhamdulillah, baby saya, now da 5 months, so far tak pernah jatuh sakit or demam. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..kuasa Allah :)

Disebabkan diri sendiri dah merasa kehebatan Shaklee tergerak hati nak berkongsi manfaat shaklee dengan kawan2...So, bermula la MArch 2013, saya approach sorang kawan saya ni y memang Shaklee Distributor (Khadeejah HAsmad) kata nak jadi ahli=).. (time tu x tau plak benefit ahli ni byk..terpikir nk beli vitamin shklee dgn harga ahli je..hee)..

Tapi sekarang..dgn tunjuk ajar 'mak' deeja saya, saya sgt suka menjadi shaklee distributor. Haaa, sapa tanak duit bonus masuk tiap2 bulan2 kan...bermula dari 2 angka, 3 angka, 4 angka.....hingga bole mncecah 6 angka taaauu=)

Bila tgk baby sy 6.30am da kena hantar taska, ibu die ni plak kalau outstation sampai rumah kol 1pagi, tgk2 anak da lembik tidur...boleh kata pagi ank tido, blk pun anak tido..husband dok jauh, kalau husband balik, saya kena pegi kerja.. (husbnd saya keja shift, so waktu cuti die byk jatuh weekday.hee)..itu yg kekuatan saya ingin berhenti kerja dan jadi suri rumah. Kebetulan pulak, kerja susah nak berhenti sebab saya ni scholar company..huhuhu...Semoga penglibatan saya dlm Shaklee boleh menjadikan saya suri rumah 'work at home'.Amiinn....




KEPENTINGAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) UNTUK BADAN YANG SIHAT

PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.

Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.

Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...