Sunday 26 January 2014

Semoga Nur Iman menjadi Hafizah di dunia dan Akhirat:)

Post kali ni berkaitan pembelajaran Nur Iman..Ni untuk simpanan Ibu supaya tak lupa apa ibu ajar.hee.

Since pergi ke seminar Mnghafal Alquran Darwish Darwisya haritu,memang nekad nak ajar Nur Iman manghafal Al-Quran.

Secara ringkasnya adik Darwish dan Darwisya boleh menghafal Alquran Juz Amma seusia umur 3tahun.InshaaAllah Nur Iman pun boleh mnghafal macam mereka:)..

Minggu pertama huruf Nur Iman belajar ialah Alif,Mim,Wau,Yaa dan Taa.

Minggu kedua huruf Jim,Sin,Tha,Dal,Khaf.

Hm..minggu ke tiga nati ibu update.yer.

Nur Iman da nangis nak tidur:)

Sunday 5 January 2014

Day 3:Percutian Sekeluarga

Tahun ni,kick off new year 2014,kami sekeluarga decide nak bawa Nur Iman pergi jalan-jalan.

Semua orang dok sibuk menguruskan pendaftaran anak masuk sekolah,kami bertiga pergi melancong plak kan dan destinasi kami untuk percutian pertama kami di tahun 2014 ni adalah Lost World of Tambun, Ipoh Perak.

Kami check in Lost World Hotel pada 1/1/14 dalam pukul 8malam juga.Kira kami gerak dari rumah petang juga. Hotel ni macam 3star juga tapi condition bilik not bad..kira berpuas hati juga la.ehe:)

Bila check in hotel,hotel kasi free hot spring tiket,diskaun tiket untuk masuk ke lost world theme park dan breakfast percuma untuk esoknya.

Hot Spring buka dari petang sampai pukul 11.Macam best je tapi memandangkan kami ada Nur Iman y still kecil ni,so kami tak pergi la.sesiapa yang pergi berhoneymoon ke dgn kawan2 ke boleh la cuba kan:)

Esoknya kami breakfasr kt luar.Saje je nak try makanan kt tambun.So kami singgah kt kedai kopitiam area hotel tu juga la.So tak boleh la saya review pasal breakfast y hotel sediakan:)

Memandangkan Lost World themepark buka dalam pukul 11 pagi,kami check out hotel dalam pukul 12 tghari gitu (sebab tunggu Nur Iman bangun dari tidur) terus masuk ke themepark.

Secara keseluruhan,Lost World of Tambun ni kawasan nya takla besar sangat tapi untuk kami yg bawa anak ni rasa sangat best.(rasanya best sebab tgk NUr Iman enjoy tgk haiwan kt situ:)).

Ada area main air,animal park,tiger valley,teambuilding area dan kawasan persekitran y kehijau2an.

Jom tengok pic la..Seronoknya bila bersama keluarga..:):):)

Penyakit Anemia dikalangan kanak-kanak

Dah lama tak berblog. Kekangan internet dan Nur Iman yang kurang sihat..Hmm,malam ni saya rasa nak bercerita tentang anemia dikalangan kanak-kanak. After keluar wad haritu disebabkan demam panas,Nur Iman disyaki anemia.Sian anak ibu...sedih ibu tgk Nur Iman cmni:(

Apa itu Anemia?

Kekurangan paras Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dikenali sebagai anemia. Anemia boleh terjadi jika penghasilan sel2 darah merah kurang, boleh juga terjadi jika sel2 darah merah ini termusnah dalam kadar yang lebih tinggi daripada biasa ataupun jika terdapat kehilangan darah.

Tanda dan gejala anemia?

1. Nampak letih dan tidak bersemangat.
2. Kekurangan selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak2 yang lain
4. Kurang konsentrasi semasa belajar
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi
6. Senang susah bernafas terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak
7. Nampak pucat- lebih ketara pada bahagian tapak tangan dan kaki dan juga pada bahagian dalam kelopak mata (conjuctiva).
8. Pembengkakan pada hati dan limpa.
9.Lemah sistem imun badan.

Faktor menghidap Anemia?

(1) Kekurangan zat besi dalam diet adalah peyebab utama anemia. (iron deficiency anemia). Makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti buah-buahan, sayuran hijau, kuning telur dan makanan yang diperkaya dengan zat besi.
(2) Kekurangan asid folik dan Vitamin B12 juga boleh meyebabkan anemia.
(3) Peyakit seperti Thalasemia (samada Thalasemia major/minor atau pembawa) juga boleh meyebabkan anemia dan perlu megetahui sejarah keluarga samada terdapat keluarga lain yang mengidapi Thalasemia ini kerana ia adalah peyakit genetik (keturunan/ baka).
(4) Kekurangan enzim G-6PD juga boleh meyebabkan anemia jika kanak2 tersebut terdedah kepada bahan2 yang boleh meyebabkan sel2 darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat. Ujian G-6PD ini dilakukan semasa bayi lahir dan akan beritahu kepada ibu bapa jika anak mereka kurang enzim tersebut.

Bagaimana untuk merawat Anemia?

Jika Hb kanak2 yang terlibat terlalu rendah (<6 g/dL) dan mempunyai tanda2 seperti susah bernafas, denyutan jantung laju, terlalu lemah; maka pemindahan darah perlu dilakukan selepas megambil sampel2 darah untuk ujian2 diagnostik seperti yang dinyatakan di atas. Pemindahan darah ini perlu untuk menstabilkan keadaan kanak2 tersebut. Rawatan selanjutnya bergantung kepada sebab anemia yang terlibat. Jika kekurangan zat besi, rawatan dengan suplement zat besi akan menaikkan semula Hb mereka.

Punca Anemia dikalangan kanak-kanak:

(1) Bayi dari 0 - 6 bulan :sebab utama adalah bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)
(2) Bayi 6 - 12 bulan: pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor. Haa, ni lah kes Nur Iman..masa lahir tiada pula masalah ni:)
(3) Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah - Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah, penyusuan susu ibu secara eksklusif dan lambat memberi makanan pejal.
(4) Remaja - Pada waktu ini terdapat kadar pertumbuhan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.




Apa yang sesuai untuk kanak-kanak anemia?

B Complex - terdiri daripada gabungan beberapa vitamin larut air. Setiap komponen dalam vitamin B complex memiliki fungsi khas dalam membantu meningkatkan fungsi pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. dengan kehadiran acid  folic salah satu ramuannya, ia membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.



Mealshakes - minuman multivitamin berperisa vanilla. Ianya mengandungi 24 jenis vitamin A-Z termasuk mineral zat besi yang membantu menaikkan selera makan anak. Kanak-kanak anemia akan kehilangan selera makan. Oleh sebab itu, melashakes sangat baik untuk pesakit anemia untuk memastikan tubuh dapat cukup nutrien.



Anak anda mempunya gejala-gejala anemia? Dapatkan Set Anemia dari saya sekarang=)

Sms/ whatsapp: 012-6705114
email : fanara07@gmail.com
fb page: manjakucergas




Kenali Penyakit Kencing Manis

Menurut Wikipedia, Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan.



Jenis-jenis Diabetis:-

1) Type 1: Diabetis bersandarkan insulin (IDDM)
Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari untuk terus hidup.  Diabetes Type 1 terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.


2) Type 2 : Diabetis bebas Insulin
Diabetis Type 2 juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. Diabetes ini biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.


3) Gestational diabetes - Diabetes ketika Hamil
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ini biasanya berlaku dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Memandangkan saya sendiri dari keturunan diabetis (belah ayah), ketika mengandungkan Nur Iman, saya amat menjaga pemakanan supaya berat badan tidak keterlaluan dan tidak berisiko terdedah dengan Gestational diabetis. Alhamdulillah, dengan pengambilan Set Shaklee untuk kencing manis, sepanjang my pregnancy, kandungan saya sihat. takde kena minum air gula test diabetis kan dan Alhamdulillah Nur Iman takde jaundice atau demam kuning.



Set Shaklee untuk Kencing Manis:-


ESP- Energy Soy Protein (ESP) merupakan minuman bersifat rendah glisemik. Minuman yang rendah glisemik membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah.Ia membantu membebaskan tenaga secara perlahan dan mengawal rasa lapar. 

ALFAFA COMPLEX- Diperbuat daripada daun Alfafa yang terkenal dengan bahan semulajadi untuk menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Alfafa dapat membantu ibu mengandung mengawal berat badan.

GLA- GLA dihasilkan dari minyak borage. GLA bertindak dengan cara mengawal neoropathy atau sistem saraf pesakit kencing manis

Vivix - vivix ialah minuman yang mempunyai resveratoral yang tinggi membantu tubuh menerima insulin. Ianya tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana kandungan resveratoral mengandungi anti-growth yang boleh menggangu tumbesara bayi dalam rahim.
 Untuk mendapatkan Set Kencing Manis, hubungi saya di:-

Sms/whatsapp : 012-670 5114
email: fanara07@gmail.com
fb fanpage: manjakucergas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...