Tuesday 12 November 2013

Tips Bawa Balik Stok EBM ketika Bekerja Luar Kawasan (Outstation)

Ramai wanita sekarang terpaksa meninggalkan rumah untuk bekerja diluar kawasan. Pengalaman saya sebagai jurutera memang tak dapat dielakkan dari kena keluar dari ofis meninggalkan rumah dalam 3-4 hari ber outstation. Kesian Nur Iman asyik kena tinggal dengan nenek je. Maafkan ibu, wahai Nur Iman ku sayang T_T.

Walaupun kerjaya saya yang setiap minggu akan beroutstation, ini tidak menghalang niat saya ingin fully breastfeed my little princess sehingga 2 tahun. Korang kat luar tu yang kerja ofis, rasanya tak susah sangat kot kan untuk memberikan susu ibu untuk baby anda tu.heee..



Ok, disini saya ingin kongsikan tips simple and easy untuk ibu-ibu superwoman macam saya ni. Jangan bila beroutstation, anda semua berhenti aktiviti pam. Keep pumping dan simpan stok susu macam biasa. Tiada tempat?? Tumpanglah surau airport or surau tempat anda bekerja sekejap =)..Balik kerja simpan dalam peti hotel=).

Ok, bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut:-

  1. Suratkhabar untuk memastikan ais kekal beku
  2. Bekas polisterin or coleman ice box untuk simpan susu
  3. Ais
  4. Garam, untuk pastikan ais kekal suhu beku


Untuk tips susu kekal beku dalam perjalanan, yang kadangkala ambil masa hingga 10 jam, ikuti 5 langkah mudah berikut :
  1. Letak suratkhabar ke dalam bekas polisterin/ ice box
  2. Susun stok susu
  3. Taburkan ais dan garam atas ais
  4. Satu lapisan suratkhabar, satu lapisan stok susu, satu lapisan ais dan garam
  5. Seal polisterin/ ice box agar tiada udara masuk

Senangkan? Selamat mencuba =)


Untuk mendapatkan Set Breastfeeding dengan harga berpatutan, PM saya di 012-670 5114 =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...