Search This Blog
ID 919309

Lokasi Pengedar
Pengedar sah shaklee ID:919309 terletak Di area Bukit Jalil, Puchong dan juga seluruh malaysia


Labels
- AJHT (1)
- Alfafa (2)
- Anemia (1)
- arthritis (1)
- asid folik (1)
- B Complex (1)
- Cabaran 30 Hari (1)
- Cabaran 30Hari (1)
- Collagen (1)
- diabetis (1)
- diabetis ketika hamil (1)
- ESP (3)
- GLA (1)
- gout (1)
- kafein (1)
- kehamilan (3)
- Kencing manis (1)
- Lecithin (1)
- Mealshakes (1)
- Membaca (1)
- Menyusu (1)
- Omega Guard (1)
- osteoarthritis (1)
- Prenatal Vitamin (1)
- punca sakit sendi (1)
- Sakit Sendi (2)
- Set Anemia (1)
- Set Hamil (1)
- Set Kurus (1)
- Shaklee (4)
- Tekanan darah rendah (1)
- Tips kecantikan (1)
- ubat sakit sendi (1)
- Vivix (2)
- zat besi (1)
Thursday, 26 September 2013
TIPS DIDIK ANAK PENUH KASIH SAYANG
Di awal pagi tengah nak berblogging, seronok tengok my little Nur Iman sedang nyenyak tidur. Nur Iman ni baby tidur malam. siang susah betul nak tidur. Betul la orang selalu cakap, budak macamna rupa pun, comel je walaupun tengah tidur. Malam-malam sebelum tidur, salah satu doa dan harapan saya ialah semoga saya dapat jadi ibu yang baik dalam mendidik anak menjadi orang yang berguna. Ameen=). Untuk entry kali ni saya kongsikan hasil pembacaan saya cara mendidik si kecil secara 'naturally'.
1. Berilah nama panggilan yang baik dan mempunyai makna yang elok supaya nama yang diberi sinonim dengan akhlak pekerti yang mulia.
2. Peluklah si kecil setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3. Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada mereka.
4. Berikan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja dalam bentuk hadiah, malah ciuman, pujian dan juga senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan.
5. Terima mereka seadanya. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar dan tidak terkecuali melakukan kesilapan.
6. Jangan mengeluh di hadapan mereka kerana keluhan membuat mereka berasa diri meraka beban untuk anda.
7. Dengarlah cerita anak-anak anda. Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap tanpa mencelah.
8. Tenangkan anak jika setiap kali mereka melakukan kesalahan. Terangkan kepada mereka mengapa ia salah agar mereka jelas dan tidak lagi mengulanginya.
9. Anda adalah cikgu terbaik untuk anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda buat.
10. Luangkan masa bersama. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka agar mereka dapat rasa kepentingan kehadiran diri mereka dalam keluarga.
11. Berikan makanan yang baik dan berkhasiat kepada si kecil untuk perkembangan otak dan tingkahlaku yang baik. Sejak dalam kandungan lagi, ibu digalakkan makan makanan yang berkhasiat untuk menghasilkan anak berkualiti. Makanan sunnah seperti kurma, madu, susu, delima dan habbatussauda sangat digalakkan ketika mengandung kerana iainya makanan nabi dan sahabat-sahabatnya.
My Pageview
About Me
- Unknown
Hot Entry
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ramai tak ibu kat luar sana mengalami masalah anak sembelit? Haa!!Harini saya nak share sedikit pas...
-
Baru-baru ini ada rakan ofis saya mengadu isterinya mengandung tetapi mengalami tekanan darah rendah. Buat kerja sikit cepat penat, kadang-...
-
Dah lama tak berblog. Kekangan internet dan Nur Iman yang kurang sihat..Hmm,malam ni saya rasa nak bercerita tentang anemia dikalangan kana...
-
Sedar tak sedar, dah 8 bulan Nur Iman. Sekarang dah cuba panjat2 kerusi. Cepatnya anak ibu ni membesar=). Teringat masa mengandungkan Nur Im...
-
-GALAKKAN ANAK SUKA MEMBACA- Biarpun sudah bersekolah tadika tetapi ada kanak-kanak yang tidak suka melihat buku sekolahnya. Risau juga i...
-
Ramai wanita selepas bersalin menggunakan jamu untuk kembali ramping dengan segera. Namun, jika tidak kena cara, bayi boleh terkena tempias ...
-
Keradangan Sakit Sendi atau lebih dikenali sebagai Arthritis adalah penyakit yang sinonim dikalangan kita bukan sahaja untuk orang yang be...
-
Kebanyakan kita sudah menjadi kebiasaan memulakan hari kita dengan secawan teh atau kopi. Kalau tak dapat rasa kurang bertenaga jer sepanj...
-
Teringat masa kecil dulu, kami tiga beradik sebelum pergi ke sekolah mama suapkan sesudu seorang Scoot's Emulsion berperisa oren. Mama k...
-
PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil,...
0 comments:
Post a Comment