Tuesday, 12 November 2013

Kepentingan Prenatal Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Sedar tak sedar, dah 8 bulan Nur Iman. Sekarang dah cuba panjat2 kerusi. Cepatnya anak ibu ni membesar=). Teringat masa mengandungkan Nur Iman, dapat je tahu mengandung dah sibuk dah search do and don't ketika hamil. Biasalah, anak pertama kan. No experience at all. Yang terlintas kena make sure baby dalam kandungan membesar dengan sihat dan bijak. Betul tak??Hee=).

Kalau sebut nak anak sihat dan pintar ni sure la, terletak pada pemakanan kita kan. Salah satunya pengambilan makanan tambahan atau prenatal vitamin.



Kenapa prenatal vitamin penting untuk ibu mengandung?

➊ dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
➋ mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
➌ membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
➍ mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan

Walaubagaimanapun, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.eheee ᕙ(`▽´)ᕗ

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

Iron -
Untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

Folic Acid -
Untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

Kalsium -
Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

Omega 3 -
Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

Vitalea -
Multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

B Complex -
Lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid.

Ostematrix -
Kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral.
*magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
*Ostematrix juga elok untuk mengelak dari kejang kaki di malam hari.

Omega Guard -
Sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Tambahan:

➊ Vitamin C -
Untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan  kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

ESP -
Sumber protein yang membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.  Ianya membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan aliran darah ibu yang bertambah.
Supplement yang Tidak Digalakkan :

Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 

Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan Rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat (>‿◠)✌


Berminat untuk mendapatkan Set Hamil MC? Sms di 012-670 5114. Harga istimewa menanti anda =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...